Profil Pengarah Kor Ordnans Diraja
Kolonel Baharudin bin Jamin PAT DNS KAT KMN BCM PJM MA (UKM) mpat psc ato
( 2 Oktober 2012 hingga sekarang)
Anak kelahiran Seremban, Negeri Sembilan mula menceburi bidang ketenteraan pada 7 Julai 1979 dan mendapat latihan asas ketenteraan di Maktab Tentera Diraja (MTD). Beliau yang dilahirkan pada 19 Okt 1959 telah ditauliahkan sebagai Lt Muda di dalam Kor Kelengkapan Malaysia pada 31 Mei 1980.
Antara jawatan-jawatan penting yang pernah beliau sandang sepanjang perkhidmatannya di dalam ATM seperti Ketua Kawalan 92 DKP TD, Ketua Platun Peluru 33 KSS, Ketua Trafik 96 DPP, Pegawai Memerintah 43 JPP, Jurulatih Cawangan Peluru Sekolah Kor Kelengkapan, PS 3 Penyelidikan/Rancangan Spesifikasi 40 MOP, Juruarah Cawangan Tugas Staf LATEDA, Jurulatih Cawangan LP&P PULNORD, Pegawai Memerintah 73 KOD, Ketua Pegawai Teknik Peluru, PS 1 Ordnans 3 Div, Juruarah MTAT dan Pegawai Memerintah 94 DPP.
Beliau juga turut berpeluang mengikuti pelbagai kursus di dalam dan luar negara antaranya ialah Pegawai Teknik Peluru di Australia, Kursus Staf di Maktab Turus Angkatan Tentera, Micro Skills for Top Management dan Kursus Pertahanan di Maktab Pertahanan Angkatan Tentera.
MANTAN PENGARAH KOR ORDNANS DIRAJA
| :: Lt Kol J.J.G Smith psc (16.11.62 hingga 7.8.63) - Selepas mengambilalih jawatan dari Lieutenant Colonel Luke, beliau telah menyiapkan rancangan untuk menubuhkan sebuah organisasi Ordnans yang lengkap berupaya beroperasi secara sendiri tanpa bergantung kepada lain-lain pasukan logistik. |
![]() | :: Lt Kol J.J.G Smith psc (8.8.63 hingga 18.8.65) - Rancangan beliau telah disambut baik oleh ketua perkhidmatan dalam AMFC (Kor KP dan Kor JLJ) dan akhirnya ketiga-tiga perkhidmatan dalam Tentera Darat telah dipisahkan pada 8 Ogos 1963. |
![]() | :: Kol J.P.F. Abbott psc (19.9.65 hingga 24.3.68) - Beliau telah mengambilalih jawatan sebagai Pengarah Ordnans daripada Lt Kol J.J.G Smith setelah Lt Kol J.J.G. Smith pulang ke England untuk berkhidmat dengan RAOC. |
![]() | :: Lt Kol C.Dorairaju MBIM (25.3.68 hingga 6.6.70) - Tanggal 25 Mac 1968 telah mencatatkan sejarah baru apabila Lt Kol C.Dorairaju merupakan anak watan pertama yang telah dilantik sebagai Pengarah Ordnans untuk menggantikan Kol J.P.F Abbott. |
![]() | :: Lt Kol Tan Peng Huat KMN psc (7.6.70 hingga 31.1.71) - Lt Kol Tan Peng Huat telah memangku jawatan sebagai Pengarah Ordnans mulai 7 Jun 1970 hingga 31 januari 1971 semasa Lt Kol C. Dorairaju menghadiri kursus 'Joint Services Staff College' di United Kingdom. |
![]() | :: Kol C.D Dorairaju MBIM JSCC (1.2.71 hingga 31.12.74) - Setelah tamat menghadiri kursus 'Joint Services Staff College' di United Kingdom beliau telah mengambil alih semula jawatannya yang dipangku oleh Lt Kol Tan Peng Huat. |
![]() | :: Kol Abdul Rahman bin Haji Khamis KMN PGB FBIM (1.1.75 hingga 7.2.80) - Kolonel Abdul Rahman bin Hj Khamis merupakan anak Melayu pertama menjawat jawatan Pengarah Ordnans. Sebelum menyertai Kor Ordnans, beliau telah menempa nama di dalam ATM sebagai seorang perwira dan dianugerahkan Pingat Gagah Berani (PGB). |
![]() | :: Kol Abdul Gaffar bin Osman KMN PKB MBIM psc (8.2.80 hingga 21.8.84) - Beliau pernah berkhidmat dengan Rejimen Pertama dan Kedua Askar. Beliau juga digelar sebagai "Bapa Pembangunan" Kor Ordnans. Gelaran ini sesuai untuk beliau hasil daripada pengstrukturan semula Kor Ordnans di dalam memenuhi visi supaya berupaya menjadi sebuah organisasi yang terunggul, berwibawa dalam menangani cabaran teknologi masakini. |
![]() | :: Kol Hew Kiang Thiam KMN Dip Mgt Sc (UK) psc (22.4.84 hingga 30.9.86) - Kol Hew Kiang Thiam merupakan pegawai Ordnans tulin yang pertama dilantik ke jawatan Pengarah Ordnans. Beliau berjaya mewujudkan kursus Diploma Pengurusan Perindustrian (Sains Ordnans) di antara Kementerian Pertahanan dan Universiti Kebangsaan Malaysia dengan bertujuan meningkatkan tahap pengajian akademik di samping mendedahkan pengurusan teknik moden kepada pegawai-pegawai Ordnans. |
![]() | :: Kol Mustapha Bin Mansor PAT KMN PMC Dip Mgt Sc (UK) mpat psc (1.10.88 hingga 31.12.88) - Beliau merupakan anak Melayu dari golongan Ordnans tulin yang pertama dilantik untuk menerajui Kor Ordnans. Apabila MK Log TD ditubuhkan keperluan seseorang yang berkeprihatinan dalam tugas-tugas teknikal untuk memegang jawatan Ketua Kumpulan Ordnans telah ditawarkan kepada beliau. |
![]() | :: Kol Mohamed Iqbal bin Hj Atta Mohd PAT KMN mpat psc ato (1.1.89 hingga 26.6.95) - Kolonel Mohamed Iqbal bin Hj Atta Mohd telah mengambilalih jawatan Pengarah Ordnans dari Kolonel Mustapha bin Mansor setelah dinaikkan ke pangkat Kolonel. Beliau merupakan Pengarah Ordnans yang kelapan Pegawai Teknik Peluru yang pertama dilantik ke jawatan tertinggi Kor Ordnans. |
![]() | :: Kol Mustapha Bin Mansor PAT KMN PMC Dip Mgt Sc (UK) mpat psc (27.6.95 hingga 7.11.96) - Beliau telah mengambil alih semula jawatan Pengarah Ordnans buat kali kedua apabila Kolonel Mohamed Iqbal bin Hj Atta Mohd bersara dari perkhidmatan tentera. |
![]() | :: Kol Mamat Ariffin bin Hj Abdullah PAT KAT mpat psc (7.11.96 hingga 13.12.99) - Kolonel Mamat Ariffin bin Hj Abdullah telah mengambil alih jawatan Pengarah Ordnans Daripada Kolonel Mustapha bin Mansor ekoran dari kenaikan pangkat Kolonel Mustapha ke Brigedier Jeneral yang menjawat jawatan Asisten Ketua Staf Logistik Tentera Darat. |
![]() | :: Kol Hj Zubir Bin Abdul Karim PAT KAT Dip SA mpat psc (14.12.99 hingga 12.3.2003) - Apabila Kolonel Mamat Ariffin bin Hj Abdullah telah dinaikkan pangkat Brigedier Jeneral dan menggantikan tempat Brigedier Mustapha bin Mansor yang bersara, Kolonel Hj Zubir bin Abdul Karim pula telah mengambil alih jawatan sebagai Pengarah Ordnans. |
![]() | :: Kol Abdulahalim Bin Hj Nawi DNS KAT KMN PPT mpat psc (13.3.2003 hingga 14.8.2003) - Sebelum Kol Abdulahalim bin Hj Nawi menjawat jawatan sebagai Pengarah Ordnans, beliau telah menjawat jawatan sebagai Ketua Kumpulan Ordnans. Beliau mengambil alih jawatan dari Kol Hj Zubir bin Abdul Karim yang bertukar ke Markas ATM sebagai Pengarah Dasar Logistik. |
![]() | :: Kol Mohamed Fadzil Bin Yusof PAT SMZ KAT KMN PJM MM (AIM-Manila) DIM (UKM) mpat psc (Canada) (15.8.2003 hingga 7.1.2009) – Beliau merupakan Pengarah Kor Ordnans yang paling lama menjawat jawatan tersebut iaitu kira-kira lima tahun empat bulan. Beliau telah dilantik untuk menjawat jawatan sebagai Pengarah Kor Ordnans Diraja pada 15 Ogos 2003 apabila Kol Abdulahalim dilantik untuk menjadi Penasihat Pertahanan di Bangkok, Thailand. |
![]() | :: Kol Hj Abdul Khalid bin Hamzah PAT SMS KAT KMN PJM BCM PNBB (Timor Leste) MA (UKM) ndu (Korea) mpat psc (8 Januari 2009 hingga 2 Oktober 2012) - Beliau telah berkhidmat sebagai Pengarah Ordnans selama tiga tahun sepuluh bulan. Dinaikan ke pangkat ke Brig Jen dan dilantik sebagai AKS Cawangan Logistik Tentera Darat. |
- PERJUMPAAN PENGERUSI PERSATUAN BERSAMA PEMAIN
- LEMBAGA KENAIKAN PANGKAT SIRI 1/2013
- MAKAN MALAM BERSAMA PERSARA PEGAWAI ORDNANS
- MESYUARAT JEMAAH TERTINGGI KOD
- PEMERIKSAAN VERIFIKASI STOK
- PEMERIKSAAN PAKAR JLJ
- PEMAKAIAN PANGKAT ANGGOTA LLP
- LAWATAN KE SMK BUKIT GANTANG
- UJIAN JALAN LASAK PASUKAN 72 BOD
- UPACARA PEMAKAIAN PANGKAT ANGGOTA KPD DI 72 BOD
- MINUM PAGI BERSAMA PANGLIMA 6 BRIGED
- LAWATAN PEMERIKSA KOMPUTER CODIMS
- UJIAN KAWAD PASUKAN 72 BOD
- KURSUS CEPAT BACA AL QURAN PASUKAN 72 BOD
- MALAM MESRA SEMPENA PEMAKAIAN PANGKAT LKPL
- LAWATAN KEBAJIKAN KERUMAH ANGGOTA
- KELAS MEMBACA PETA PASUKAN 72 BOD
- PEMAKAIAN PANGKAT LKPL
- MERAIKAN HUT ANGGOTA
- CERAMAH KEWANGAN DAN PENGURUSAN KELUARGA













